![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl4myd-nyil9tumupeeqTryp24kzESMfogOIIw8S4B8moV-ZL2IMQoFIZVIibv55MSuv3GIyKTfjaumC6kymjgmy8_aq0MRzSep76uHc58k3Z5OrZR1aIA5eZpViZwFvH0FLpgkiq3WIA/s320/5063384-large.jpg)
Thursday, 28 August 2014
Apakah Sindorm Down?
Sindrom
Down adalah keadaan apabila seorang kanak-kanak dilahirkan
dengan mempunyai
masalah genetik iaitu mempunyai masalah pada kromosom ke-21. Kromosom ke-21
kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 3 salinan, dimana sepatutnya bagi seseorang
yang normal mempunyai 2 salinan. Dengan erti kata
lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka di
kategorikan Sindrom Down (Nik Rahimah,2005). Lain-lain kromosom mereka adalah
normal. Kanak-kanak Sindrom Down sering
kali dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif), tumbesaran
kanak-kanak dan juga perwatakan muka..Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Sindrom Down dinamakan sempena nama John Langdon
Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.
,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl4myd-nyil9tumupeeqTryp24kzESMfogOIIw8S4B8moV-ZL2IMQoFIZVIibv55MSuv3GIyKTfjaumC6kymjgmy8_aq0MRzSep76uHc58k3Z5OrZR1aIA5eZpViZwFvH0FLpgkiq3WIA/s320/5063384-large.jpg)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment