Tongue Twisters

Friday, 16 January 2015

Definisi Pendidikan Khas :

"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"

Hallahan dan Kauffman(2006)


"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"
Gargiulo(2003)

"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"
Friend (2005)

"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"
Mansor (2005)

Thursday, 28 August 2014

Apakah Sindorm Down?

Sindrom Down adalah  keadaan apabila seorang kanak-kanak dilahirkan dengan  mempunyai masalah genetik iaitu mempunyai masalah pada kromosom ke-21. Kromosom ke-21 kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 3 salinan, dimana sepatutnya bagi seseorang yang normal mempunyai 2 salinan. Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka di kategorikan Sindrom Down (Nik Rahimah,2005). Lain-lain kromosom mereka adalah normal. Kanak-kanak Sindrom Down sering kali dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif), tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka..Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Sindrom Down dinamakan sempena nama John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

                            ,

Tuesday, 26 August 2014

Jenis-Jenis Sindrom Down.

a) Trisomi.
         Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek.Kanak-kanak sindrom down jenis trisomi berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47.
Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga. Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80%.

             b) Translocation.
         Kelahiran sindrom down jenis translocation tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom down  (translocation) ini terjadi dalam dua cara. Cara pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down adalah 3%-5%.
         Cara kedua terjadi apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang sama. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100% melibatkan semua kelahiran dalam keluarga. Darjah kecerdasan bagi sindrom down ini ialah di antara 50%-80%.

           c) Mosaic.
         Sindrom Down jenis mosaic ialah sindrom down yang tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down. Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk. Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%

Wednesday, 20 August 2014

Ciri-ciri Kanak-Kanak Sindrom Down

Ciri-ciri fizikal termasuklah: Tubuh yang pendek. Kepala bersaiz kecil. Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas. Lidah terjelir. Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki. Pertumbuhan yang lambat. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.
Ciri-ciri intelek Lewat matang Rendah daya ingatan Rendah pengamatan Kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar adalah rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat Kurang tumpuan Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang Tingkah laku yang berbeza. Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.