,
Thursday, 28 August 2014
Apakah Sindorm Down?
Sindrom
Down adalah keadaan apabila seorang kanak-kanak dilahirkan
dengan mempunyai
masalah genetik iaitu mempunyai masalah pada kromosom ke-21. Kromosom ke-21
kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 3 salinan, dimana sepatutnya bagi seseorang
yang normal mempunyai 2 salinan. Dengan erti kata
lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka di
kategorikan Sindrom Down (Nik Rahimah,2005). Lain-lain kromosom mereka adalah
normal. Kanak-kanak Sindrom Down sering
kali dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif), tumbesaran
kanak-kanak dan juga perwatakan muka..Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Sindrom Down dinamakan sempena nama John Langdon
Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.
,
,
Tuesday, 26 August 2014
Jenis-Jenis Sindrom Down.
a) Trisomi.
Kanak-kanak
Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan
intelek.Kanak-kanak sindrom down jenis trisomi berlaku disebabkan penambahan
pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47.
Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga.
Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah
1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun
adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kelahiran
adalah pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi
ini ialah antara 50%-80%.
b)
Translocation.
Kelahiran
sindrom down jenis translocation tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah
ibu hamil. Sindrom down (translocation) ini terjadi dalam dua cara.
Cara pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom
nombor 21. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah
10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down
adalah 3%-5%.
Cara kedua
terjadi apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang sama.
Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100%
melibatkan semua kelahiran dalam keluarga. Darjah kecerdasan bagi sindrom down
ini ialah di antara 50%-80%.
c)
Mosaic.
Sindrom Down
jenis mosaic ialah sindrom down yang tidak ketara pada wajah murid-murid dan
tidak 100% Sindrom Down. Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk.
Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%
Wednesday, 20 August 2014
Ciri-ciri Kanak-Kanak Sindrom Down
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
Tubuh yang pendek.
Kepala bersaiz kecil.
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
Lidah terjelir.
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
Pertumbuhan yang lambat.
Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.
Ciri-ciri intelek Lewat matang Rendah daya ingatan Rendah pengamatan Kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar adalah rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat Kurang tumpuan Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang Tingkah laku yang berbeza. Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Ciri-ciri intelek Lewat matang Rendah daya ingatan Rendah pengamatan Kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar adalah rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat Kurang tumpuan Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang Tingkah laku yang berbeza. Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)

